Selamat Datang ke Biorich.my | Berjaya & Kaya
Penaja..Anda:..biorichness

Delima Collagen (untuk stokis key in sahaja)

Delima Collagen (untuk stokis key in sahaja) :..: Biorich

Kod Produk: Delima-C
Harga Runcit: 70.00
GP: 25



Produk ini dikelaskan sebagai produk makanan. Tidak perlukan no pendaftaran NOT @ MAL.

Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis dan air kelapa serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan Vitamin C (di ambil dari buahan) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.


PURE MARINE COLLAGEN


Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik, di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.


BUAH DELIMA


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan di makan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan. Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Buah delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ia dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap anti oksida yang tinggi akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua jenis penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


BUAH MANGGIS


Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi, kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan diesntri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan ekstrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.


VITAMIN C


Vitamin C yang terkandung di dalam Orange Collagen bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen anti-oksida yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai anti-oksida, selain melindungi kulit dari radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.


ANDA MENGALAMI MASALAH SEPERTI DI BAWAH

Jerawat ??  Sakit Sendi ??  Jeragat ??  Keguguran Rambut ??  Kulit Gelap & Lesu ??  Rekahan Di Tumit ??  Kulit Kering & Kusam ??  Parut ??  Kurang Kalsium ??  Kurang Bertenaga ??  Selulit ??  Garis Halus & Kedutan ??

ATASI DENGAN DELIMA COLLAGEN
 
Membantu merawat jerawat dan parut dengan lebih cepat.
Membantu mencerah dan melembapkan kulit secara menyeluruh.
Membantu menghalus, menganjal dan melembutkan kulit dalam masa yang singkat.
Membantu mencegah kanser.
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Bertindak sebagai anti oksida dan anti penuaan.
Membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Mengurangkan kedutan dan garis halus.
Mengurangkan sakit sendi.
Meingkatkan tenaga dan lebih aktif.
Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung.
Menguatkan otot, kuku dan tulang.
Mengatasi masalah sembelit.


FAKTA NUTRISI

Saiz Hidangan / Serving Size : 30g
Hidangan Per Pek / Serving Per Package : 12



BAHAN-BAHAN

Gula, Pure Marine Collagen, Ekstrak Delima, Esktrak Manggis, Vitamin C dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

BERAT : 30g x 12 sachet (1 kotak)


TIPS PENGAMBILAN DELIMA COLLAGEN

1) Campurkan 1 sachet Delima Collagen bersama 200 ml air masak.
2) Kamudian, kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum.
3) Pengambilan adalah 2X sehari, pada waktu tengahari, 30 minit sebelum makan tengahari, semasa perut kosong kerana memudahkan nutrisi untuk menyerap ke dalam tubuh serta pada waktu malam sebelum tidur.
4) Setelah 1-2 minggu atau sudah nampak kesan, pengambilan Delima Collagen boleh dikurangkan dengan 1X sehari pada waktu malam sebelum tidur.

Nota : Selepas pengambilan Delima Collagen, jarakkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat dalam 2-3 jam.


FLYERS DELIMA COLLAGEN


TESTIMONI PENGGUNA
Testimoni 1

Mohd Sarjuni. Berusia 64 tahun. Berasal dari Kg. Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor. Beliau mengalami masalah kulit mengelupas hampir setahun. Masalah ini berlaku selepas beliau habis menebas rumput dikawasan kebun. Ia dimulai dengan gatal-gatal pada kulit. Oleh kerana tidak tahan dengan gatal kulit yang di alami, beliau berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Penyakit ini menyerang di bahagian kaki serta celah tangan. Beliau juga mendapatkan rawatan tradisional, tetapi hasilnya masih sama, tiada perubahan yang ketara. Akhirnya beliau berjumpa dengan saudara En. Roslee memaklumkan akan penyakit yang dihadapi. En Roslee bergegas menghantar produk Minyak Kelapa Dara dan Delima Collagen (Biorich @ Bioasli). Beliau menyapukan minyak kelapa dara di kawasan yang berpenyakit serta minum delima collagen. Hasilnya selepas 4 hari, penyakit yang dihadapi semakin pulih dan beliau berazam untuk meneruskan penggunaan produk ini.



Testimoni 2

Puan Zarinah Idris berasal dari selangor dan merupakan salah seorang pengguna produk Delima Collagen di Biorich. Buah Delima mengingatkan saya kepada arwah ibu saya tentang khasiatnya yang sesuai untuk dalaman wanita dan baik untuk bayi dalam kandungan. Dahulu, ibu selalu berpesan kepada saya supaya makan buah delima semasa mengandung walaupun hanya makan sedikit, kerana terdapat banyak khasiat dalam setiap butir delima itu. Alhamdulillah selepas saya mengamalkan Delima Collagen keluaran Biorich, saya menjadi lebih sihat dan bertenaga.

Dengan keajaiban yang saya rasai, saya juga berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain yang mana ada salah seorang rakan saya telah menggunakan Delima Collagen untuk merawat masalah jeragat di muka. Alhamdulillah setelah rakan saya mengamalkannya, jeragatnya semakin pudar dan kulit semakin lembab dan cerah.

Selain itu juga, rakan saya ada berkongsi pengalamannya yang menyatakan bahawa rakannya juga mengamalkan produk Delima Collagen untuk masalah sakit sendi dan lemah. Setelah menggunakan produk Delima Collagen, masalahnya dapat diatasi dengan baik.



Testimoni 3 

ID : zettypower
Nama : Norziati Binti Ismail
Asal : Sungai Besar

Puan Norziati berkongsi testimoni tentang kebaikan VCO300, CVCOS dan Delima Collagen yang telah beliau gunakan. Banyak kelebihan produk yang beliau kongsikan antaranya tentang kesuburan bagi wanita dan sakit pinggang yang belaiu alami telah beransur pulih selepas 3 hari mengamalkan Delima Collagen.



Testimoni 4

ID : zambesi
Nama : Zamri Bin Hamzah
Asal : Teluk Intan

Encik Zamri mengalami masalah strok selama tiga tahun. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, kini beliau sudah boleh berjalan setelah mengamalkan produk dari biorich.


Kami mengalu-alukan sebarang testimoni daripada pengguna Delima Collagen. Testimoni terpilih akan diberikan hadiah produk dari pihak syarikat.

Testimoni boleh di hantar melalui alamat surat-menyurat, email serta faks.

Alamat : BIORICH MARKETING, No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Faks : 03-3224 2321

Email : bio.rich@yahoo.com

Borang Testimoni Biorich (DOWNLOAD)