Ramadhan 2017
MINUM MKD
BIORICH TAHAN LAPAR. BAGAIMANA?
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah Rukun Islam ke 4 dan wajib
ditunaikan oleh semua umat islam yang telah cukup syarat. Firman Allah S.W.T
bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu sekalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang
sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” Surah Al-Baqarah:183. Banyak cabaran ketika berpuasa
terutamanya lapar, dahaga, letih, mengantuk dan sebagainya. Justeru itu,
bagaimana untuk kekal cergas sepanjang hari dengan produk-produk Biorich
terutamanya MKD (Minyak Kelapa Dara)?
Tenaga Ketone vs Glukos
Punca
sebenar masalah lapar, keletihan dan sebagainya ketika berpuasa adalah
disebabkan kekurangan tenaga ketone atau glukos untuk setiap sel-sel didalam
tubuh. Apa itu tenaga ketone dan apa itu
glukos? Tenaga ketone atau glukos ialah sumber tenaga kepada sel-sel organ
tubuh manusia untuk berfungsi. Glukos di hasilkan dari karbohidrat ( nasi,
tepung, gula dan lain-lain). Tenaga ketone pula dapat dihasilkan dari protein
dan lemak ( Triglyceride) atau dari minyak kelapa dara ( 70% - Kaprilik C8,
Kaprik C10, Laurik C12). Perbezaan tenaga ketone MKD yang lebih baik dari
tenaga ketone (Protein & Lemak) adalah ia hanya memerlukan enzim amylase (air
liur) untuk diuraikan dan diserap oleh sel-sel organ dalam badan. Secara
umumnya, tenaga ketone MKD dapat mengatasi masalah lapar, mengantuk, kelesuan
dan sebagainya ketika berpuasa kerana faktor berikut :-
i.
MKD
Biorich memberikan sumber tenaga ketone kepada lebih 120 sel neuron di dalam
otak. Ketika berpuasa, kebiasaannya sel neuron menjadi
lemah kerana tidak mendapat tenaga ketone atau glukos yang mencukupi menjadikan
kita cepat mengantuk dan letih. Dengan mengambil MKD Biorich setiap hari,
sel-sel neuron ini akan mendapat 4-5 kali ganda tenaga ketone yang kuat
menjadikan otak lebih cergas, tidak mengantuk dan aktif.
ii.
MKD
Biorich memberikan sumber tenaga ketone kepada lebih 2 juta sel nefron di dalam
organ buah pinggang kiri dan kanan. Kekurangan glukos atau tenaga
ketone ketika berpuasa menjadi salah satu faktor organ buah pinggang tidak
dapat membuang toksid dalam badan dan seterusnya menjadikan badan cepat letih
dan lesu. Tenaga ketone dari MKD Biorich yang diambil setiap hari dapat memberikan
4-5 kali ganda tenaga kepada buah pinggang untuk berfungsi dengan efisien dan
menjadikan tubuh lebih cergas dan sihat.
iii.
MKD
Biorich memberikan sumber tenaga ketone kepada 1 juta sel alfa dan beta pada
organ pankreas. Organ pankreas berfungsi menghasilkan insulin untuk
badan dan tenaga ketone dapat membantu organ ini berfungsi dengan lebih
berganda untuk menghasilkan insulin.
iv.
Apabila semua organ dalam tubuh
mendapat sumber tenaga yang mencukupi dari tenaga ketone MKD, organ-organ ini
dapat berfungsi dengan baik, dapat meningkatkan metabolisma badan dan
seterusnya dapat mengawal berat badan serta meningkatkan tahap kesihatan.
Kesimpulannya,
tenaga ketone MKD dapat membantu mengatasi masalah lapar, mengantuk, letih, lesu
dan lain-lain dengan memberikan sumber tenaga yang terbaik untuk seluruh
sel-sel dalam badan kita.
Cadangan pengambilan MKD dan tips Ramadhan Biorich
1.
2
sudu makan selepas 1 jam berbuka
2.
2
sudu makan sebelum tidur
3.
2
sudu sebelum sahur
Berkumur @ Oil pulling
Sebelum
mengambil MKD Biorich, anda di galakkan berkumur MKD atau membuat oil pulling
terlebih dahulu. Caranya ialah dengan meletakkan MKD (1 sudu) di dalam mulut.
Dengan menggunakan lidah, pastikan MKD diratakan dikesemua bahagian mulut
terutamanya di bahagian gigi dan gusi. Berkumur sekurang-kurangnya 3 minit dan di
buang. Selepas itu, ambil 2 sudu MKD dan diminum. Kelebihan berkumur @ oil
pulling sebelum minum MKD ialah :
i.
MKD membunuh bakteria jahat (cacing,
virus dan kuman). Menurut fakta, 1 gram air liur mengandungi lebih 1 juta
bakteria baik dan jahat. Jika tidak menggosok gigi @ berkumur dengan MKD,
bakteria jahat ini boleh mempengaruhi kesihatan bahagian mulut anda.
ii. MKD
membantu masalah gigi dan gusi. MKD dapat menguatkan akar gigi yang longgar,
mengurangkan sakit gigi, gusi bengkak dan menanggalkan plak-plak kotoran pada
gigi.
iii. MKD
memberikan bau mulut dan nafas yang segar. Punca mulut berbau ialah kuman @
bakteria jahat di dalam mulut. Dengan berkumur @ oil pulling dapat membunuh
kuman dan bakteria jahat tersebut dan memberikan kesegaran.
Selepas berkumur@oil
pulling, MKD yang diminum akan melalui kerongkong dan seterusnya ke usus kecil
dan besar. Dalam proses itu, MKD akan membantu membersihkan saluran kerongkok
dan dinding usus kecil dan besar dari kuman, bakteria, virus dan cacing. MKD
juga akan membantu memperbaiki dinding usus yang telah rosak akibat radikal
bebas dan tersumbat oleh lemak untuk membolehkan dinding usus berfungsi dengan
lebih baik untuk menyerap zat-zat dari makanan atau ubat yang di ambil. Didalam
usus besar juga terdapat lebih 1.5 kg bakteria baik dan jahat yang berfungsi
untuk mencerna makanan. MKD dapat membunuh bakteria jahat yang menjadi punca
kepada alahan dan pelbagai penyakit lain. Berbeza dengan pengambilan
anti-biotik yang akan memusnahkan keseluruhan bakteria baik dan jahat.
Masalah sembelit
Sembelit
terjadi akibat kekurangan air dan serat dalam diet permakanan harian. Najis
akan mengeras di dalam usus besar dan mendatangkan ketidak selesaan. Dengan
minum MKD Biorich dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan proses
membuang air besar.
Masalah darah pekat/kotor
Kebiasaan
rakyat Malaysia di bulan Ramadhan cenderung untuk mengambil makanan dan minuman
berkarbonat, manis, mengandungi pewarna dan perasa artifisial (MSG) dengan
kuantiti yang banyak. Kecenderungan ini membawa kepada masalah darah yang tidak
sihat kotor dan pekat. Menurut pakar perubatan, jika pengambilan sebegini tidak
terkawal boleh menyebabkan kepekatan darah meningkat sehingga 4-5 kali ganda
dan boleh menyebabkan serangan strok. Dengan mengamalkan permakanan yang sihat
dan pengambilan MKD dapat membantu membersihkan dan mencairkan darah kepada
normal.
Hikmah berpuasa di bulan Ramadhan
Apakah
kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan? Terdapat banyak kelebihan dan hikmah
berpuasa dari segi rohani dan jasmani. Salah satunya ialah merehatkan sistem
pencernaan manusia yang telah bekerja setiap hari selama 11 bulan. Dalam tempoh
30 hari berpuasa ini, organ-organ dalam sistem pencernaan ini dapat membuang
semua kotoran dan toksin serta menyegarkan sel-sel dengan MKD Biorich.
Selain itu,
berpuasa juga dapat membantu menurunkan berat badan dengan memecahkan
lemak-lemak yang banyak terdapat dalam badan. Lemak-lemak ini adalah hasil
daripada glukos yang berlebihan dan di simpan sebagai triglyceride (lemak
tepu). Ketika berpuasa dan tiada glukos di hasilkan dari karbohidrat, enzim
karnitin akan dirembeskan kepada lemak triglyceride ini dan mengaktifkan
generator metokondria di dalam lemak untuk membakar menjadikan tenaga ketone.
Semakin banyak lemak di bakar menjadi tenaga ketone semakin kurus lah anda.
Selain itu,
radikal bebas dan pengumpulan toksin dalam badan juga berlaku didalam tubuh
kita dari pencemaran, makanan tidak sihat, bahan pengawet, minuman berkarbonat
dan ubat-ubatan dari hospital juga menyebabkan organ – organ badan menjadi
tidak efektif dan jika terlalu lama boleh kehilangan fungsi dan menjadi
penyakit. Dengan mengamalkan MKD Biorich dapat meneutralkan radikal bebsa
dengan anti-oksidan yang tinggi dan juga boleh menyahtoksidkan benda tidak baik
dalam badan. Selain MKD Biorich, produk Stevia 3in1 Biorich juga boleh membantu
menyahtoksidkan kesan-kesan ubatan atau dadah dari badan kita.
Berpuasa
juga baik untuk kaum wanita yang menopause dan juga dapat mengurangkan risiko
kanser. MKD Biorich mengandungi Phytostherol dapat menormalkan receptor
estrogen yang abnormal dan biasa menggangu wanita dan juga menjadi punca
kanser. Selain itu, dengan menggunakan tenaga ketone MKD dapat melemahkan
sel-sel kanser yang tidak mendapat sumber tenaga dari glukos. Proses ini dapat
menyembuhakan ketumbuhan dan penyakit yang disebabkan sel kanser yang
merembeskan asid lemak merbahaya kepada sel-sel badan telah di hapuskan.
Kesimpulannya,
amalkan permakanan sihat sepanjang Ramadhan dan amalkan MKD Biorich untuk
kesihatan dan kecergasan anda.
Info Terkini Biorich
Pelanggan VVIP Terkini
Welcome
Penyakit & VCO
- Virus Zika
- Kencing Manis
- Darah Tinggi
- Denggi
- HIV/AIDS
- Virus H1N1
- Sakit Jantung
- Buah Pinggang
- Nyanyuk
- Sakit Kulit
- Sakit Sendi
- Kanser
- Ketone Asid
- Radikal Bebas
- Tocotrienol
ABJ 2017
Jadual Aktiviti
Pembayaran
Status Order Anda
Penghantaran
Syarat & Terma
Biorich Apps
Panduan Pelanggan
Download
Usahawan OtaiPOS
Artikel
CSR Biorich
I-Usahawanita
MOTIACTION 1
Belajar Bisnes Online
Shoponline D3
LANGGAN BERITA
SENARAI PRODUK BIORICH
Kopi Nanduk Pouch (1 PEK)
Kopi Nanduk Board
Ultra Gel Fat Burner
Virgin Coconut Oil Super 180 (SAUDA)
Virgin Coconut Oil Super 300 (SAUDA)
Virgin Coconut Oil + Extra Virgin Olive Oil
Virgin Coconut Oil Double Premium
Virgin Coconut Oil S Capsule
Genius UP Max IQ Booster (Tablet)
Gula O (Pemanis Gula Rendah Kalori)
Lotus Body Care Lotion
Gula O Mini Travel Pek (1 Pek x 10 botol)
Gula O Edisi Poket (1 Pek x 4 Poket)
Diamond White Tomato
Delima Collagen
Colostrum Plus
Teh Tarik Kunyit Hitam (1 Pek)
Bioshape Drink (Versi 60 Sachet)
King Propolis
Jus Cerah
Minuman Gula O Berperisa Strawberry
Minuman Gula O Berperisa Lemon Tea
Minuman Gula O Berperisa Orange
Minuman Gula O Berperisa Blackcurrant
Gula O Travel Pek 70G (1 Pek x 6 botol)
Bio Bravo
Good Joint
Kopi Bandot Bravo
WOW Serum Hydration
WOW Serum Whitening
Minyak Argan
Bionic Aura Energy Spray
Susu Colostrum Triple A
Susu Colostrum Triple A (No Seafood)
Good Joint (No Seafood)
Bio Fresh Spray
Jus Barli
Gula O Mini DX (1 botol)
Kopi She WOW
Genius UP Max IQ Booster
Kopi Hitam
Balm Harimau Berantai
Gula O 2 Pocket
Virgin Coconut Oil Double Premium (Mini)
Wangian Deep Feeling (Lelaki)
Wangian Sweet Love (Wanita)
Gula O 400
Gula O 1 Pocket
Teh Tarik Nanduk Moringga
BIORICH
Di BioRich, Kekayaan untuk adalah untuk semua di mana kami ingin memberi ruang kejayaan kepada semua pelanggan & usahawan untuk berjaya dan meningkatkan taraf hidup dengan menawarkan peluang perniagaan yang inovatif & kreatif serta kualiti produk yang tinggi.
Biorich yakin dengan penawaran Hadiah Wang Tunai yang lumayan, seimbang dan tidak membebankan serta realistik ianya benar-benar dapat merealisasikan impian usahawan-usahawan yang komited menjadi berjaya, kaya dan barakah. InsyAllah.
KHIDMAT PENGHANTARAN
MENU
HUBUNGI KAMI
- HOTLINE :
019-6175100 / 019-3880098
013-2396395 / 017-2558482
011-35997393 / 011-35987646
019-7725338 / 017-2558482 - TEL PEJABAT :
03-33100050 - E-MAIL :
bio.rich@yahoo.com
PENSIJILAN