Selamat Datang ke Biorich.my | Berjaya & Kaya
Penaja..Anda:..biorich

Tonik Rambut Lelaki (POLO)

Tonik Rambut Lelaki (POLO) :..: Biorich

Kod Produk: GST-TPOLO
Harga Runcit: 40.00
GP: 12






Tonik rambut Biorich (T-POLO) yang diperkaya dengan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Argan berupaya membantu memelihara kesegaran kulit kepala serta menjadikan rambut subur, sihat, lebat dan bersinar.

Kandungan asid laurik dan asid kaprik dalam minyak kelapa dara dapat membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala, menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan dapat mencegah kekeringan kulit dan seterusnya menghalang punca kelemumur manakala rambut pula menjadi subur dan bertambah hitam.

Dirumus khas untuk menjadikan rambut kelihatan 'silky', segar beralun dan tidak berminyak. Kandungan pewangi pula memberi keharuman aroma wangian yang mempesona.

Minyak Argan, digelar minyak keajaiban, diekstrak daripada biji buah Argan, telah berkembang ke seluruh dunia sebagai minyak semulajadi yang terbaik untuk penjagaan dan rawatan rambut. Ia mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan daripada rawatan rambut, penjagaan kulit hingga ke pemulihan badan serta pelbagai lagi khasiat yang tersembunyi.

Minyak Argan sangat baik untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Dipanggil 'cecair emas' oleh pakar-pakar kecantikkan di seluruh dunia. Ia mampu memberikan nafas baru kepada masalah rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya. Kaya dengan Vitamin E, nutrisi semulajadi terbaik yang diperlukan oleh rambut anda.


KELEBIHAN TONIK RAMBUT BIORICH

Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak.
Menjadikan rambut lebih segar dan bertambah hitam.
Membantu dan merawat pembentukan sel tisu kulit kepala yang baru.
Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet sinaran matahari.
Menyuburkan kulit kepala serta rambut daripada gugur.
Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
Anti Oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan merawat semula sel-sel rambut yang rosak.
Berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen yang terbaik untuk rawatan rambut. Vitamin E yang terdapat dalam Minyak Argan sangat berguna dalam memulihkan rambut secara semulajadi.
Memberi keharuman Aroma POLO yang menyerlahkan gaya lelaki profesional.


Rambut menjadi kuat dengan Tonik Rambut BIORICH

Saya seorang peniaga. Banyak sudah wang saya laburkan untuk perniagaan saya. Masalah datang bertimpa-timpa, seakan tiada kesudahannya. Namun bayang-bayang untung dan kejayaan masih tidak kelihatan. Disamping perniagaan banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan, termasuk keluarga dan anak-anak yang bertebaran tinggal di asrama (termasuk pembelajarannya, perbelanjaannya, serta keselamatannya). Kadang-kadang tidur tidak nyenyak dan selalu terganggu oleh mimpi-mimpi yang menekan perasaan. Pada peringkat awal kesan ketara yang saya alami ialah rambut secara keseluruhannya menjadi halus seperti rambut bayi diikuti keguguran rambut yang teruk. Cuma dengan sekadar usapan pada kepala sudah cukup untuk rambut saya gugur. Akhirnya saya dapati bahagian atas kepala saya sudah mula kelihatan kulit, dengan rambut yang sudah terlalu jarang. Risau dengan keadaan tersebut saya berikhtiar mencari penawar. Mujur saya terjumpa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure dan + Honey) Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) saya sapukan di kepala setiap malam sebelum tidur dan minyak kelapa dara + madu saya minum satu sudu setiap hari. Kini masalah rambut gugur saya telah selesai dan secara kseluruhannya rambut saya sudah segar kembali sepertimana ketika saya remaja dahulu - bilah rambut kerasi serta hitam bersinar kembali.

 

Pengakuan Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati - USA)

 

Saya telah diserang kelemumur sejak masih remaja. Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan menggunakan syampu ubat (syampu anti kelemumur) yang telah saya pakai sejak bertahun-tahun lamanya. Walaubagaimanapun, apabila saya cuba menggantikannya dengan syampu tanpa ubat (tanpa anti kelemumur), rambut saya kembali berkelemumur. Selepas itu, saya banyak mempelajari tentang bahan kimia aktif yang digunakan dalam kebanyakan produk rawatan kesihatan, saya tidak lagi menggunakan syampu anti kelemumur. Saya mula menggunakan lebih banyak sabun dan syampu herba alami iaitu bahan organik semulajadi tetapi sebagaimana sebelumnya, kelemumur mulai tumbuh malah semakin banyak. Kemudian, saya mencuba apa saja dari bahan organik semulajadi (natural) yang saya temui. Nampaknya tiada yang dapat mengatasi keadaan kelemumur pada rambut saya.

Akhirnya, saya meletakkan minyak kelapa pada rambut dan mencucinya beberapa jam kemudian. Hasilnya amat menakjubkan! Hanya sekali pemakaian saja, semua kelemumur saya hilang. Pada mulanya, saya berasa tidak percaya ianya sebegitu mudah kerana tiada yang dapat mengatasinya sebelum itu kecuali syampu anti kelemumur. Kini saya mempunyai satu produk daripada bahan organik semulajadi yang bukan saja dapat membersihkan kelemumur saya, bahkan juga baik untuk rambut dan kulit kepala saya dan minyak kelapa menjadi bahagian tetap dalam produk penjagaan diri saya.

 

Pengakuan Amanda George (Pakar kecantikan rambut terkenal di New York)

 

Pakar kecantikan rambut terkenal New York, Amanda George memberikan penghargaan kepada minyak kelapa untuk rambut indahnya. "Saya keramas dua sendok minyak kelapa hangat pada rambut saya sebelum tidur kemudian mencucinya di pagi hari, " kata Amanda. Hasilnya adalah rambut yang halus dan bercahaya. Untuk menghangatkan minyak boleh diletakkan di dalam air hangat atau meletakkannya dekat air panas yang mengalir.

 
Pengakuan Pengasas BIORICH, Ishak Basiran
 

Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang lagi kelemumur akan mengakibatkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri.

Disebabkan masalah inil saya berusaha mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu seorang rakan di majlis rewang kenduri yang botak licin satu ketika dahulu tetapi sekarang tumbuh terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada ketika itu kami tidak mengetahui yang itu ialah minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara.

Bermula dari saat itu saya terus mengkaji dan belajar menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih berkualiti yang sekarang ini saya namakan Minyak Kelapa Dara BIORICH. Memang benar ia sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric acid , capric acid dan berbagai lagi jenis fatty acid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh ke dalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut, muka dan minuman saya setiap hari.